KURSUS PENGURUSAN ADUAN - KAWALAN KENDIRI SISTEM PENGURUSAN ADUAN (9-10 OKTOBER 2018)

9 - 10 OKTOBER 2018 – Kerajaan Negeri Melaka melalui Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM) telah menganjurkan Seminar Pengurusan Aduan : Kawalan Kendiri Sistem Pengurusan Aduan & Strategi Pengurusan Aduan bertempat di Hotel Kings Green, Melaka.

Kursus yang berlangsung selama dua (2) hari ini telah mengundang penceramah yang begitu berpengalaman iaitu YBrs. Encik Abszra Davadason Peter (Tenaga Pengajar INSPIM).

Seramai 52 orang peserta telah menghadiri kursus ini dimana 36 orang peserta dari luar Negeri Melaka dan 16 orang peserta dari dalam Melaka. Antara objektif yang terkandung di dalam seminar ini ialah :

1)    Mencetuskan keberhasilan yang lebih luas, dari sudut perubahan dan pindaan peraturan serta dalam penghasilan kerja iaitu adanya unsur kesegeraan dan menambahbaik perkhidmatan,

2)    Mendedahkan kepada para peserta mengenai kepentingan Pengurusan Aduan Awam, mengukur pencapaikan penyelesaian aduan jabatan / agensi; dan

3)    Membincangkan strategi Pengurusan Pelanggan dan penyelesaian masalah dan Best Practices oleh Agensi Pengurusan Aduan Terbaik.

Diharap pengisian kursus didalam seminar ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta yang hadir. Seminar ini berakhir pada jam 1.00 tengah hari.

 


*Nota - Untuk paparan gambar sepanjang program, sila layari laman Facebook INSPIM, www.facebook.com/inspimmelaka*


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.