SIMPOSIUM PENGURUSAN DAN PENGAUDITAN KEWANGAN 2018 - KEUTUHAN TADBIR URUS DAN AKAUNTABILITI SISTEM KAWALAN DALAMAN (4-5 OKTOBER 2018)

4 - 5 OKTOBER 2018 – Kerajaan Negeri Melaka melalui Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM) telah menganjurkan Simposium Pengurusan Dan Pengauditan Kewangan 2018 : Keutuhan Tadbir Urus Dan Akauntabiliti Sistem Kawalan Dalaman bertempat di Hotel Equatorial, Melaka.

Simposium yang berlangsung selama dua (2) hari ini telah mengundang penceramah yang begitu berpengalaman iaitu YBhg. Dato’ Shamshun Baharin bin Mohd Jamil (Timbalan Ketua Pesuruhjaya [Pencegahan], SPRM dan YBhg. Tuan Ismet Al Bakri Yusoff Al Bakri (Pengurus Kanan, Jabatan Pembaharuan Undang-Undang, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) disamping Panel Forum Jemputan iaitu YBrs. Tuan Haji Khalid Bin Abdullah Khan (Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), Jabatan Audit Negara, YBhg. Dato’ Che Isa bin Hj. Che Kob (Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Jabatan Audit Negara, YBrs. Tuan Zulkipli bin Abdullah (Timbalan Ketua Audit Negara (Tadbir Urus), Jabatan Audit Negara dan Moderator, YBrs. Tuan Redzuan bin Abdul Samad, Pengarah Jabatan Audit Negara Negeri Melaka.

Seramai 201 orang peserta telah menghadiri simposium ini dimana seramai 123 orang peserta dari luar Melaka, 47 peserta dari dalam Melaka, seramai 28 orang ahli PAC dan 3 orang Pengarah Audit Negeri.

Pada hari kedua simposium ini, YBhg. Tan Sri Dr. Madinah binti Mohamad (Ketua Audit Negara) telah diundang khas bagi berkongsi pengalaman dan juga menyampaikan ceramah bertajuk “Tadbir Urus Terbaik Melalui Penemuan dan Teguran Ketua Audit Negara”. Para peserta juga berpeluang bersoal jawab bersama Ketua Audit Negara dalam sesi berkenaan.

Antara objektif yang terkandung di dalam simposium ini ialah :

1)    Membincangkan isu berkaitan tadbir urus dan akauntabiliti sistem kawalan dalaman jabatan / agensi,

2)    Membincangkan pelbagai isu baru dan berulang melalui teguran audit seperti yang dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara,

3)    Memberi peluang kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Negeri yang baru dilantik berkenaan peranan dan tanggungjawab sebagai Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) dan;

4)    Memberi peluang kepada semua peserta untuk berbincang dan bertukar pandangan dalam usaha untuk menambahbaik sistem kawalan dalaman jabatan / agensi masing-masing.

Diharap pengisian didalam simposium ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta yang hadir. Seminar ini berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

*Nota - Untuk paparan gambar sepanjang program, sila layari laman Facebook INSPIM, www.facebook.com/inspimmelaka*


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.