KURSUS ASAS PENGETAHUAN PRA PERSARAAN (1-2 OKTOBER 2018)

– 2 OKTOBER 2018 – Jabatan Kerja Raya Malaysia dengan kerjasama Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM) telah menganjurkan Kursus Asas Pengetahuan Pra Persaraan : Persediaan, Perancangan Dan Faedah Penjawat Awam Dan Bakal Pesara bertempat di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR (CREATE).

Kursus yang berlangsung selama dua (2) hari ini telah mengundang penceramah yang begitu berpengalaman iaitu YBrs. Puan Safura binti Sabir, (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam), YBrs. Encik Hisamuddin bin Abdul Jalil dan YBrs. Encik Raju Periasamy (Tenaga Pengajar INSPIM.

Seramai 43 orang peserta dari luar Melaka telah menghadiri kursus ini. Antara objektif yang terkandung di dalam seminar ini ialah :

1)    Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kefahaman dan kesedaran tentang persediaan sebelum bersara. Persediaan diri untuk menghadapi persaraan dari segi mental dan fizikal agar peserta akan lebih bersedia menghadapi sebarang cabaran yang wujud,

2)    Memberikan pengetahuan mengenai skim dan tentang potongan-potongan dalam ganjaran persaraan,

3)    Mengetahui cara perlanjutan bayaran pinjaman perumahan / ubah suai kediaman,

4)    Mengetahui cara membina persaraan yang cemerlang,dan

5)    Diberi pendedahan mengenai pengurusan kesihatan yang perlu diambil kira selepas bersara kelak daripada aspek senaman dan juga pengekalan aspek kesihatan.

Diharap pengisian kursus didalam kursus ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta yang hadir. Seminar ini berakhir pada jam 4.30 petang.

 


*Nota - Untuk paparan gambar sepanjang program, sila layari laman Facebook INSPIM, www.facebook.com/inspimmelaka*

 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.