SEMINAR PERANCANGAN DAN PENGURUSAN ASAS DERAF PERJANJIAN KONTRAK KERAJAAN : PENGURUSAN DAN PEMBIAYAAN (27 - 28 OGOS 2018)

27 - 28 OGOS 2018 - Jabatan Ketua Menteri Melaka melalui Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM) telah menganjurkan Seminar Perancangan Dan Pengurusan Deraf Perjanjian Kontrak Kerajaan : Pengurusan Dan Pembiayaan Projek. Seminar yang berlangsung selama dua ini telah mengundang penceramah daripada Jabatan Landskap Negara iaitu Y.Bhg. Tuan Sr. Mohd Riza Senin (Pengarah, Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan) dan Y.Bhg. Puan Ku Muniyatussaniah Ku Yahaya (Pegawai Undang-Undang, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan).

Seramai 134 orang peserta telah menghadiri seminar ini dimana 90 orang peserta dari luar Melaka manakala 44 orang peserta dari dalam Melaka. Antara objektif yang terkandung di dalam kursus ini ialah :

Antara objektif yang terkandung dalam seminar ini ialah :

1) Memastikan kontrak yang disediakan mengandungi terma-terma penting yang melindungi kepentingan kerajaan;

2) Memastikan klausa Service Level Agreement (SLA) termaktub didalam kontrak dan memantau tahap pencapaian tersebut;

3) Memastikan pegawai yang menyediakan kontrak memahami kandungan kontrak yang menyediakan maklumat kontrak yang lengkap dan mematuhi kriteria yang ditetapkan; dan

4) Memahami kandungan Pentadbiran Kontrak dalam Perolehan Kerajaan dan menerangkan tugas, peranan dan tanggungjawab setiap jabatan / agensi yang menyediakan kontrak yang lengkap dan menyeluruh bagi memastikan kepentingan kerajaan terpelihara dan projek berjaya dilaksanakan.

Diharap pengisian didalam seminar ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta yang hadir. Seminar ini berakhir pada 28 Ogos 2018 pada jam 1.00 tengah hari.

 


*Nota : Untuk paparan gambar sepanjang seminar ini, sila layari Facebook INSPIM (www.facebook.com/inspimmelaka)*


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.