SEMINAR MODENISASI PERANAN JURUAUDIT DALAM KE ARAH MENDEPANI CABARAN PENGAUDITAN MASA KINI (15-16 OGOS 2018)

15 - 16 OGOS 2018 - Jabatan Ketua Menteri Melaka melalui Jabatan Audit Negara Negeri Melaka dan INSPIM telah menganjurkan Seminar Modenisasi Peranan Juruaudit Dalam Ke Arah Mendepani Cabaran Pengauditan Masa Kini bertempat di Hotel Novotel, Melaka. Seminar yang berlangsung selama dua ini telah mengundang penceramah yang begitu berpengalaman dalam bidang pengauditan iaitu Y.Bhg. Encik Redzuan Bin Abdul Samad, Pengarah Audit Negeri, Jabatan Audit Negara Negeri Melaka disamping dua (2) panel jemputan untuk sesi forum iaitu Y.Bhg. Encik Y Hamdan Bin Mohd Dom, Pengarah Audit, Bahagian Pengauditan ICT, Sektor Audit Prestasi, Jabatan Audit Negara dan Y.Bhg. Encik Hazimi Bin Kassim, Ketua Juruaudit Dalaman Kumpulan, Telekom Malaysia Berhad.

Seramai 203 orang peserta telah menghadiri seminar ini dimana 164 orang peserta dari luar Melaka manakala 39 orang peserta dari dalam Melaka. Antara objektif yang terkandung di dalam kursus ini ialah :

Antara objektif yang terkandung dalam seminar ini ialah :

1) Memberi garis panduan serta peraturan kepada semua kakitangan Audit Dalam Jabatan / Kementerian / Setiausaha Kerajaan Negeri / Agensi / PBT / Anak Syarikat terhadap tugas dan peranan sebagai kakitangan Audit Dalam yang efektif;

2) Memperkasakan lagi teknik dan strategi pengauditan memandangkan keperluan kepada pengauditan yang lebih kompleks dan memerlukan kemahiran yang terkini dalam menjalankan pengauditan;

3) Pendedahan dan pengetahuan dalam menangani cabaran dan isu terkini dalam pengauditan;

4) Perkongsian pengalaman yang terbaik dalam pelaksanaan audit dalaman; dan

5) Platform kepada peserta untuk memperluas jaringan perhubungan yang akan memberi nilai tambah kepada para peserta dalam organisasi dari segi perkongsian idea, pengalaman dan kepakaran diantara peserta yang hadir.

Diharap pengisian kursus didalam seminar ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta yang hadir. Seminar ini berakhir pada 16 Ogos 2018 pada jam 1.00 tengah hari.

 


*NOTA : UNTUK PAPARAN GAMBAR SEPANJANG SEMINAR INI, SILA LAYARI LAMAN FACEBOOK INSPIM (www.facebook.com/inspimmelaka)*

 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.