SEMINAR PENYELENGGARAAN BANGUNAN DAN PENILAIAN KEROSAKAN STRUKTUR MENGIKUT PROSEDUR DAN TATACARA PEROLEHAN, 14 MEI 2018

14 MEI 2018 - Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Jabatan Kerja Raya Malaysia dan INSPIM telah menganjurkan Seminar Penyelenggaraan Bangunan Dan Penilaian Kerosakan Struktur Mengikut Prosedur Dan Tatacara Perolehan bertempat di Hotel Mahkota, Melaka. Seminar yang berlangsung selama sehari ini telah mengundang penceramah yang begitu berpengalaman iaitu Y.Brs. Puan Norain binti Osman (Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Jabatan Kerja Raya Malaysia).

Seramai 102 orang peserta telah menghadiri seminar ini dimana 33 orang peserta dari Melaka manakala 69 orang peserta datangnya dari luar Negeri Melaka. Antara objektif yang terkandung di dalam kursus ini ialah :

1) Memahami kefungsian aset bangunan yang memenuhi ciri-ciri fasiliti dan teknikal yang direkabentuk serta ekonomik yang digunakan;

2) Memahami sistem dan piawaian pengurusan dan penyelenggaraan aset kerajaan yang seragam dan sistematik supaya tahap keselamatan, kesihatan dan keselesaan sesuatu fasiliti bangunan dapat ditingkatkan;

3) Menilai kerosakan pada bangunan yang mana boleh dikategorikan sebagai kritikal atau tidak kritikal dan kaedah pembaikan standard;

4) Menyelaras pengurusan dan penyelenggaraan fasiliti bangunan yang dilaksanakan oleh jabatan dan agensi kerajaan serta menjalankan audit senggara aset mengikut program yang ditetapkan; dan

5) Memahami prosedur atau tatacara perolehan yang dibenarkan.

Diharap pengisian kursus didalam seminar ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta yang hadir. Seminar ini berakhir pada jam .4.00 petang.

 



Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.