SIMPOSIUM INTEGRITI TADBIR URUS PERKHIDMATAN AWAM BERPRESTASI TINGGI (2-3 MEI 2018)

2 - 3 MEI 2018 - Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama INSPIM telah menganjurkan Simposium Integriti  Tadbir Urus Perkhidmatan Awam Berprestasi Tinggi bertempat di Hotel Novotel, Melaka. Simposium yang berlangsung selama 2 hari ini telah mengundang penceramah yang begitu berpengalaman antaranya Y.Bhg. Dr. Mohd Nizam Bin Mohd Ali (Pensyarah Kanan, Pusat Ilmu Dan Rundingcara Integriti, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI), Y.Brs. En. Mohd Firdaus bin Ramlan (Naib Pengerusi III, Yayasan Anti Rasuah Malaysia / Mantan Majistret Gua Musang Dan Kuala Krai), Y.Bhg. Dato' Hj. Abdul Samat bin Kasah (Pengarah Bahagian Pendidikan Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), Y.Brs. Encik Md. Adnan Bin Abdullah (Sektor Audit Tadbir Urus, Jabatan Audit Negara), Y.Bhg. Tn. Hj. Mohd Shahabuddin bin Omar (Timbalan Ketua Pengarah, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Seramai 112 orang peserta telah menghadiri simposium ini dimana 60 orang peserta dari Melaka manakala 52 orang peserta datangnya dari luar Negeri Melaka. Antara objektif yang terkandung di dalam kursus ini ialah :

1) Memberi pendedahan dan input baru bagi memangkin penambahbaikan dalam sistem kawalan dalaman dan tadbir urus jabatan;

2) Pendedahan kepada isu-isu tadbir urus dan integriti yang lazim dilakukan dalam sistem kawalan dalaman jabatan;

3) Memberikan input pengurusan dan tatacara pengurusan tadbir urus yang berkesan dalam mencegah ketirisan jabatan; dan

4) Memberi pengetahuan dan kesedaran berkenaan pentingnya integriti dan amalan urus terbaik dalam perkhidmatan selain meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan rasuah dan tatakelakuan dalam perkhidmatan.

Diharap pengisian kursus didalam simposium ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta yang hadir. Simposium ini berakhir pada 3 Mei 2018 (Khamis) sekitar jam 1.00 tengah hari.

 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.