Pensijilan

Error: No articles to display

SEMINAR PEMBENTUKAN PENGURUSAN DAN GARIS PANDUAN PELAN RISIKO AGENSI SEKTOR AWAM, 27 SEPT 2017

25 - 26 September 2017 - Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM) telah mengadakan Seminar Pembentukan, Pengurusan Dan Garis Panduan Pelan Risiko Agensi Sektor Awam bertempat di Hotel Orkid, Melaka.

Antara barisan penceramah yang diundang bagi perkongsian ilmu ialah Y.Bhg. En. Wan Muhammed Salleh Bin Wan Adnan (Ketua Penolong Pengarah Kanan MAMPU dan Y.Bhg. En. Mohamad Norazam Bin Abdullah (Ketua Penolong Pengarah MAMPU). 

Seramai 46 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut yang terdiri daripada 23 orang peserta dari Luar Melaka dan 23 orang peserta dari dalam Melaka. Antara objektif yang terkandung di dalam seminar ini ialah :

1) Memastikan sistem penyampaian berfungsi secara berterusan;

2) Mengenalpasti, mencegah dan meminimumkan impak yang boleh menjejaskan  imej dan kredibiliti agensi;

3) Menyediakan satu rangka kerja komprehensif bagi menguruskan sebarang bentuk ancaman kepada pencapaian misi; dan

4) Memupuk budaya pengurusan risiko di kalangan warga agensi supaya peka dan faham terhadap tindakan yang perlu diambil bagi menangani risiko.

Seminar ini berakhir pada 26 September 2017 (Selasa) sekitar jam 1.00 tengah hari.

 


 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.