Pensijilan

Error: No articles to display

SEMINAR SKIM PENSIJILAN ISO 37001:2016 : SISTEM PENGURUSAN ANTI RASUAH, 11-12 SEPT 2017

11-12 September 2017 - Kerajaan Negeri Melaka melalui Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Negeri Melaka dengan kerjasama SIRIM QAS International Sdn Bhd, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka dan Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM) telah menganjurkan Seminar Skim Pensijilan ISO 37001 : 2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ISO 37001 : 2016 Anti-Bribery Management System Certification Scheme) - Standard Baru Sistem Pengurusan Kawalan Pencegahan Rasuah Jabatan bertempat di Hotel Holiday Inn, Melaka.

Antara barisan penceramah yang diundang bagi perkongsian ilmu ialah Y.Bhg. Datuk Sutinah Sutan (Mantan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Merangkap Ahli Lembaga Pengarah MRT-Corp), Y.Bhg. Dato' P. Ganason A/L S. Periathamby (Ketua Pegawai Eksekutif, Corporate Anti-Corruption Compliance Centre, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia), Y.Bhg. Pn. Nor 'Afiza Bt Saim (Pengurus Besar Kanan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan, SIRIM QAS International Sdn Bhd, Y.Bhg. Pn. Fauziah Binti Sulaiman (Juruaudit Utama, Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan, SIRIM QAS International Sdn Bhd) dan Y.Bhg. En. Shamsulbahri Bin Md. Dali (Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang).

Seramai 161 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut yang terdiri daripada 107 peserta dari Luar Melaka dan 54 orang peserta dari dalam Melaka. Antara objektif yang terkandung di dalam seminar ini ialah :

1) Memberi pemahaman dan pendedahan kepada prinsip dan konsep asas rasuah, peraturan dan undang-undang serta keperluannya;

2) Memberi pemahaman dan pendedahan berkenaan Model Sistem Pengurusan Anti Rasuah yang berasaskan kepada keperluan standard.

3) Menerangkan manfaat dan kaedah proses pensijilan; dan

4) Platform kepada peserta untuk memperluaskan jaringan perhubungan yang akan memberi nilai tambah kepada para peserta dan organisasi dari segi perkongsian idea, pengalaman dan kepakaran diantara peserta yang hadir.

Seminar ini berakhir pada 12 September 2017 (Selasa) sekitar jam 5.00 petang.

 


 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.